PART 2 : Cerita Ke Kampung Incik Tunang .

Sambungan Part 1 .

Sabtu . Hari Kejadian . Tapi majlis diadakan disebelah petang . Kebiasaannya pengantin akan bersanding pada waktu tengahari macam tu . Tapi family memilih waktu petang memandangkan kenduri hanya dilakukan untuk kaum keluarga sahaja . Tapi aku rasa macam dah kenduri besar . Meriah . 

Di awal pagi , masing-masing sibuk dengan tugas tersendiri . Termasuklah pengantin pun kena buat kerja . Hehe . Biasalah tu . Aku ? Yang mana aku boleh tolong , aku tolong . Agak-agak malu , aku duduk di dapur . Bahagian cuci pinggan :D ~ Bila di dapur tu , mestilah bersama makcik-makcik yg datang untuk menolong . 

" Anak sian ? "

Terdengar soalan itu dituju kepada mama . Anak sian ? Anak siapa . Hmm saya anak Abd Halim dengan Ambiah . Itu mak abah saya . Hehe :) ~ 

" Tunang si andy . Jomo Penang " - Itu jawapan mama . Dan itu jea yg aku berjaya faham .

Kelibat si tunang pun aku dah tak nampak . Aku di dapur dia di laman rumah . Berjaya aku bawa diri . Walau malu mencuak-cuak . 

Bila sebelah petang , bermula lah Majlis Makan Beradat . Setahu aku , kalau aku di semenanjung , makan beradat tu lebih dikenali sebagai Makan Beradab . Kan ? Time ni lah tetamu ramai datang . Nama pun kenduri kan .

Majlis disambung semula lepas Maghrib . Bermula dengan Majlis Persandingan . Pakaian moden menjadi pilihan pertama . Kemudian baru ditukar dengan Pakaian Adat iaitu Pakaian Dusun .



Selesainya majlis persandingan , diteruskan pula dengan acara Potong Kek . Aku hanya mampu melihat . Bila lah turn aku ? HAHAHAHAHAHAHA . Sabar ya sabar . Dan part paling aku suka bilamana tibanya part karok dan tarian . Selalunya aku just tengok Jamilah Dance tu dalam Youtube jea . Tapi , bila aku di sana aku dapat tengok depan mata . Diorang memang awesome . Semua golongan tak kira kanak-kanak , remaja atau dewasa , lelaki mahupun perempuan sememangnya dah expert .

Teserlah jugak bakat aku malam tu . Bila kena paksa ikut diorang menari . HAHAHAHAHAHAHAHA . Bak kata Pengantin Perempuan , kita malu-malu kucing lagi . Bila dah malu-malu kambing nanti , confirm hebat . Sekarang just tawaf-tawaf jea . Banyak lagi yang kene belajar :P

Tepat jam 1 pagi . Tamat segala majlis . Penat jangan ditanya . Tapi im really happy :)

Mungkin akan ada Part 3 . Tunggu ~

Hati Perempuan : Mia Ahmad .

Dan aku rasa aku sudah tertarik dengan cerita baru Akasia TV3 even baru episod 1 . First tengok si heroin tu nak macam Shila Amzah , tapi ternyata salah . Mungkin pelanduk dua serupa . Beliau adalah Meeya Techik , eh salah . Mia Ahmad :


Nama penuh : Samiha Binti Ahmad Baderi
Nama Panggilan : Mia Ahmad
Asal: Taiping , Perak
Tarikh Lahir : 22 Februari 1988
Kerjaya: Model Freelance , Model Iklan & Pelakon

Senarai drama lakonan Mia Ahmad:
Romi Cinta Julia (TV3) , Rindu Awak 200% (TV3) , Ku Tak Rela(TV3) ,
Atie Setan (Astro Prima & Maya HD) , Hati Perempuan (Akasia TV3)


Boleh follow Mia Ahmad di laman sosial:
Instagram Mia Ahmad: https://instagram.com/mia.ahmad/
Twitter Mia Ahmad: https://twitter.com/miaahmad

PART 1 : Cerita Ke Kampung Incik Tunang .

Salam Jumaat everyone . Lama bana tak update blog :)

So hari ni berkesempatan curi masa lunch untuk kongsi cerita aku di Sabah last week . Aku ke sana Khamis lepas . Jam 5.05 petang sepatutnya flight aku . Disebabkan hujan , delay 40 minit . Pukul 8.30 malam macam tu aku nampak rupa Incik Tunang dengan si Abang beliau di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) .


Of course aku happy . Sebabnya bukan selalu kitorang dapat jumpa . Dan dari Airport terus ke rumah Makcik . Dan itu lah tujuan aku ke Sabah . Ada Majlis Perkahwinan abang sebenarnya . Tapi majlis tu mama and ayah buat di rumah makcik . 

Jam 10 lebih kitorang sampai di rumah Makcik , jarak dari airport ke kampung amek masa lebih kurang 2 jam macam tu . Jauh jugak kan ?

Ini lah kali pertama aku bertemu dengan keluarga besar tunang aku . Nervous jangan tanya macam mana . Tipu kalau aku cakap aku tak ketaQ -_- . Berkali-kali jugak abang pesan dan minta aku biasakan diri dengan diorang . Pada mulanya agak kekok . Ada beza antara kami terutamanya dari segi bahasa . Tapi , tentang bahasa tu aku dah hadam walau tak semua aku faham . Hehe . Nasib ada isteri si abang . Asalnya Kedah . So , adalah geng untuk aku berborak  :)

Hari Jumaat , banyak masa dihabiskan dengan persediaan untuk kenduri pada hari Sabtu . Dalam waktu kelam kabut tu lah aku cuba sesuaikan diri . Borak-borak dan kenal-kenal . Macam biasa , tunang aku akan lepas terus dan pandai-pandailah kau bawa diri . Mencabar okay . Ice braking lah kau sendiri . Hahahahaha ~ 

Alhamdulillah , diorang sangat mesra dan mudah bergaul . Walaupun aku orang baru , layanan yg aku dapat seolah kenal bertahun lamanya . Aku juga selesa berada di sana . Malu aku letak tepi kejap . Pemalu ke aku ni ? HAHA . Belum dapat mulut memang aku malu kucing lah haaa . Once dapat mulut , tak larat melayan kau nanti . Hihi . 


Jadinya , sambil cuci-cuci ayam , cuci-cuci pinggan , aku cuci mulut aku . Tak kira lah umur awak berapa pun . Janji aku ada teman berborak . Hehe .


Haa kau . Yang dedua orang ni baru Form 2 . Apa ada hal . Diorang peramah sebenarnya . Eh , mana malu aku ni ? HAHAHAHAHAHAHA . Nak malu tu kejap jea . Bila dah tak malu jadi cenggini laa . Sebelum ni just kenal-kenal dalam FB and Wechat jea . Bila ada peluang bertemu , tak kisah untuk aku terbitkan kenangan dengan diorang . Cewaaahhhh  :) Walau aku kecik dari dorang , hormat dorang sangat besar . Hee ~

Terima kasih ye adik-adik . Kita tunggu Part 2 punya entry pulak .


Flying To Negeri di Bawah Bayu .

Hari ni Khamis , dan Khamis depan 19 Mac 2015 flight aku untuk ke Negeri di Bawah Bayu . Bab tiket dah selesai semua . Alhamdulillah pada semua yg membantu  :) . Tujuan aku ke sana , tunggu aku balik . In shaa Allah akan dicerita .


#PrayForAK5118
#PrayForAK5105

I Am Officially PJ Staff .

10 Mac 2015 bersamaan dengan hari Isnin , I am officially working at Petaling Jaya . Memandangkan aku masih staff berstatus Kontrak , maka aku tak layak untuk membuat sebarang bantahan " ketegaQ takmau pindah " . Kau ada dua pilihan , rasa nak kerja kau pindah . Rasa takmau pindah kau hantar surat resign . Sadis habaQ hang . 

First day aku di PJ , nak makan pun tak lalu . Dengan tak berapa nak mesra alam dengan staf-staf lain lagi . Macam tu jugak hari kedua . Aku lebih banyak berdiam . Yang aku tahu , aku bukanlah seorang yang pendiam  :D

Bila hari ketiga , jiran lama aku di Shah Alam kini berada di sebelah aku semula . Senasib lah diorang semua tu dengan aku . Diorang pun dapat maklumat sehari sebelum kena berpindah . Arahan dikeluarkan serta merta . Lagi sadis dari aku . Tibanya kehadiran mereka ke PJ , barulah aku lontarkan suara merdu aku ni . Dah ada geng wey ! Dua hari pendam nak menyembang dengan korang . HAHAHAHAHA .

Yang peritnya , perit sungguh . Seawal jam 5.40 pagi dah kena celikkan mata ni . Takmau celik pun kene celik jugak . Kalah ada anak lima orang . Padahal nak siapkan diri sendiri jea . Demi mengelakkan kesesakan lalu lintas . Ai is pegi kerja dengan boss * bukan ekon boss okay  :P


Gambar dalam kenangan jea tu . Tu gambar office lama . Office baru ni nak ajak jiran sebelah selfie pun malu . Luas terbentang . Semua orang boleh nampak apa kita buat . So , jaga-jaga :)


notatapakkaki : first year pegang bonus , In shaa Allah . Walaupun tak macam sebelum-sebelum ni , Alhamdulillah .

Selamat Hari Lahir Kakak :)

5 Mac 2015 . Terbalik dengan 3 Mei . HAHA . SELAMAT HARI LAHIR akak !!! Merangkap jiran sebelah blok ! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu . May your birthday bring you as much happiness as you give to everyone who knows you . Especially me  :) ~ Thanks sebab selalu ada dengan saya . Dengar saya mengarut , mengadu , meluah , and semua-semua . 


Again , Happy Birthday sista , I LOVE YOU !!

Wordless Wednesday : SABAR .

Kerana semua orang tahu , SABAR ITU INDAH  :)

Potluck Bersama Customer Service Management Team .

Selamat tengahari u ollsss . Waktu lunch sekarang . Aku memilih untuk stay dalam office . Sebabnya  aku udahnye melantak nasik lemak sebungkuih tadi . Konyang lagi haaa ~

Dah waktu lunch tu , moleknya teman share pasal Potluck dekat office Jumaat lepas . Pada mulanya  , nak buat kecil-kecilan saja . Tetiba semua unit dalam CSM nak join . Jadi macam meriah jugak . Sebab macam-macam menu ada . Dah lama kot takde event makan-makan kat dalam office ni . So , sekali sekala tu , kita makan free sehari  :)















Haaaaa . Amekkau ! Besar-besar aku kasi . HAHAHAHAHA . Actually ada lagi . Tapi aku rasa cukup sekadar yang itu dulu . hihi . Memang berulang kali kitorang ke meja belakang tu . Menu utama potluck kali ni , AYAM KAMPUNG . Sponsor dari sorang kakak dan sorang abang ( Diorang husband and wife and kerja dalam satu office ) . Dan menu-menu yg lain of course dari kakak-kakak CSM . Sejujurnya aku datang bawak perut saja .

Maka dengan itu , makanan-makanan ni telah berjaya aku sumbatkan untuk 2 pusingan . Hehe . Alhamdulillah , semuanya sedap .

Dan dengan itu , saya , Amira Abd Halim ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg selalu bagi saya makan sedap-sedap . Kini , berat saya sudah 40kg . HAHAHAHAHAHAHAHAHA .
 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz